Ahli Sunnah WalJumaah.

Semenanjung Malaysia/Semenanjung Emas menjadi idaman ramai. Ia telah melalui zaman kegemilangan dan zaman perit jerih yg panjang. Pelbagai cabaran yg mesti diberi perhatian utk mempertahankan Islam-Melayu. Cabaran datang dari pelbagai ancaman – kaum pendtg, kaum pendtg yg telah diberi pelbagai termasuk kerakyatan, fahaman komunis, fahaman ltte, fahaman liberal, fahaman freemason, kumpulan lgbt, syiah, wahabi, ikram, tarikat dsb.
Menganggap remeh akan mengancam Islam, aqidah dan kesengsaraan.
Selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniah, tiada lagi payung negara Islam. Terkini dilihat Syiah cuba melebar pengaruhnya. Jika ada segelintir pengaruh itu di satu2 negara, akan ada kuasa luar membantu meruntuhkan negara tersebut tanpa perlu menghantar ketumbukan tentera.
Waimah kumpulan itu minoriti.
Lihat shj kesengsaraan sahabat kita di Yaman, Syiria, dll.
Sudah seperti Somalia (yg kita hampir lupa) bayinya dihurungi lalat.

Kritikalnya di negara kita juga ke arah itu, kumpulan pelbagai fahaman ini telah menuntut pelbagai, kerana mereka juga mendakwa Islam.
Sebab itu perlu Perlembagaan Malaysia ditukar dari Islam kepada Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah(Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah).?

Tanggungjawab kita menyelamatkan aqidah anak n cucu kita dgn memberi panduan n pendedahan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Guna waktu ruang n masa sebaik2nya samada mereka sudah dewasa atau masih seawal muda.

4/5/2020

Sedikit pencerahan berkenaan Isnin 4 Mei 2020 ni..

Ada yang kecewa dengan keputusan kerajaan.. ada yang dah seronok fikir nak ke mana Isnin ni.. yang takut dan khuatir pun ramai..

Ramai juga yang bertanya itu ini.. maaf.. nak beritahu soalan tu kebanyakannya kurang bernas sebab korang tak buat homework sebelum bertanya.. korang nak pertikai tapi pertikaian korang tu tak kena point..

Nak bertanya boleh.. tapi tolonglah berfikir sebelum bertanya..

PKP 4 sepatutnya tamat pada 12 Mei 2020.. jangan melatah.. harap posting ini dapat memberi idea kepada semua.. ia cerita yang simple supaya senang faham..

Kita perlu menyambut baik pengumuman ini.. tentu sekali ada baik dan buruknya.. dan yang paling ketara semua orang takut..

  1. Di antara 4 Mei hingga 12 Mei ada 9 hari.. dalam 9 hari ini adalah hari penentu.. untuk meneruskan PKP 5.. atau memulakan exit strategy.. sekiranya 4 Mei ini dapat mendidik masyarakat hidup dalam new normal dengan baik..
  2. 4 Mei adalah hari memulakan new normal disertakan pelbagai SOP ketat dan panduan..
  3. Graf jangkitan sudah menurun.. dan kes baharu yang dicatatkan adalah dari kes import.. dan kes generasi ke 3.. atau ke 4.. mudah kita faham sebab jangkitan dari kes generasi pertama hingga generasi ke 3 atau ke 4 mengambil tempoh mungkin 25-30 hari.. sekarang PKP sudah melangkau 45 hari..
  4. Bermakna tiada kes jangkitan dari generasi pertama dan kedua..
  5. Takut pergi kerja guna pengangkutan awam dan sebagainya?..

Setiap operator perlu melakukan nyahkuman sebelum memulakan operasi.. wajib menyediakan hand sanitizer.. dan sabun basuh tangan.. wajib menjarakkan meja makan 2 meter..

Setiap individu perlu menjaga kebersihan diri.. menjaga jarak sosial.. sentiasa mencuci tangan.. mandi terus.. selepas pulang ke rumah..

  1. Kenapa tak boleh merentas negeri?.. kenapa tak boleh balik kampung lagi?.. sekiranya 4 Mei ini memudaratkan.. risiko jangkitan adalah lebih kecil berbanding risiko massive spread hingga ke bandar atau negeri lain..
  2. Selagi kita tidak menerima atau membenarkan orang keluar/masuk dari Malaysia.. risiko jangkitan massive sangat rendah dan potensi kita menang amat tinggi..

Nasihat saya.. gunakan 4 Mei 2020 dengan penuh syukur.. tanggungjawab.. dan hanya ke satu destinasi atau tempat.. jika benar-benar perlu sahaja.. walau sudah diberi mandat oleh kerajaan.. masih perlu elakkan jika mahu rasa selamat..

Kerana 4 Mei ini peluang dan risiko adalah sama 50-50..

Pada yang dah rasa seronok sangat tu.. perlu dinasihatkan buanglah sikap seronok jakun nak berlibur tu.. kerana peluang dan risiko 50-50 tu kita kena ingat.. tanam dalam kepala.. jangan nanti jangkitan naik semula.. semua salahkan PM.. salahkan kerajaan.. yang keluar macam terlepas kandang tu kita.. tetap salahkan orang lain..

Yang keluar berjalan pimpin tangan tu boleh simpan tangan masing-masing.. Sebab apa?.. masanya tak sesuai lagi!.. ni bukan masa korang nak bercinta tunjuk loving..

Kalau sama² serumah risiko memang sangat rendah.. tapi mereka² ni yang bercouple.. yang tidak serumah pun nak berpimpin tangan.. sedangkan risiko jangkitan yang duduk berasingan lebih bahaya..

Kalau kita semua jaga kita semua.. kita semua mesti menang.. mungkin kita semua dapat berhari raya bersama keluarga di kampung..

Kita hampir menang..
Kita mesti menang..
Allah bantu kita. Aamiin. 🤲🏻